<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2747569435769900626\x26blogName\x3dDiari+kesayangan\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-yin-emogirl.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-yin-emogirl.blogspot.com/\x26vt\x3d9161847127945123832', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, July 9, 2008

Cita-cita saya untuk menjadi pramugari...Cita-cita itu sudah lama,bila umur saya 5 tahun..Dulu saya suka menghantar makanan dan mengambil minuman untuk teman ibu-bapa saya...dan juga keluarga...Selalu saya mimpi yang saya didalam kapal terbang dan sedang mengambil kan pelangan minuman..Bila ada cerita yang menunjukkan tentang pramugari saya mesti tengok..TEtapi teman saya berkata kalau saya mahu menjadi pramugari mesti tinggi,kurus,cantik dan juga kena berjaya dalam peperiksaan A level...Saya rasa yang saya tidak boleh mencapai impian saya itu..Saya tidak pandai...Tetapi saya tidak akan berputus asa saya akan terus mencapai cita-cita saya...Jadi saya rasa kawan-kawan akan juga capai impian kamu...ok lah saya sudah penat sangat saya mahu pergi dulu..bye..



YYY
3 words 1 meanin 8 letters ; iloveyou
9:48 PM




Monday, April 7, 2008

Menari adalah kegemaran saya juga..Kalau boleh saya mahu menjadi penari yang terkenal di seluruh Singapura..Kan gerek kawan-kawan???Kawan-kawan semua cita-cita apa??Boleh saya tahu tak??Kalau boleh comment lah saya dekat sini??? Saya harap kegemaran saya menjadi kenyataan...Bila saya melihat televisyen saya selalu lihat orang-orang yang pandai menari itu berjoget..Kalau mereka boleh buat saya pun boleh kan kawan-kawan...hahahahaha...Saya mahu keluarga saya,kawan-kawan,dan guru-guru di sekolah bangga terhadap saya...Itu sahaja yang saya hendak memberitahu kawan-kawan diluar sana...Salam sejahtera...Bye...



YYY
3 words 1 meanin 8 letters ; iloveyou
12:30 PM




Friday, March 7, 2008

Kegemaran saya juga bermain bola sepak...Jangan pandang perumpuan tak boleh main bola sepak...Saya selalu di sekolah bermain bola sepak dengan kawan-kawan saya tetapi nak kata kan sekolah saya tidak ada bola sepak untuk perempuan..Saya ingin sangat sekolah saya ada...Tetapi tidak apa-apalah..Lagi pun tahun 2009 sekolah saya akan roboh dan ia akan bina balik panda tahun 2010..



YYY
3 words 1 meanin 8 letters ; iloveyou
12:30 PM





Makanan kegemaran saya ialah Nasi Ayam sedapnya!!!!Lapar!!!!Ibu saya kadang-kadang membelikan saya Nasi ayam di gerai kawan emak saya....Nasi Ayam Itu lazat sekarang sampai emak saya membelikan saya lagi satu Nasi Ayam...Saya harap-harap emak saya membeli kan 100 ratus nasi ayam untuk saya hahahahah....Sepuluh keturunan tak akan habis..hahahhaha...Saya laparla...Perut rasa mahu makan NASI AYAM!!!!!!!!!



YYY
3 words 1 meanin 8 letters ; iloveyou
12:30 PM





Hello eh jumpa lagi..hahaha... kali ini kegemaran saya ialah bermain dengan rakan saya...Saya mempunyai ramai kawan mereka ada yang baik,jahat,gemuk,kurus,lawa,buruk dan sebagainya..Pada hari Sabtu yang lalu kawan saya memanggil saya untuk mengajak pergi bermain komputer di kelab masyarakat...Saya mula bermain komputer bila saya mula ada komputer di rumah kakak saya mengajar saya macam mana nak bermain komputer dan membuat friendster dan juga chating online..Saya sekarang sudah pakar bermain komputer..Jadi hari itu kawan saya tidak tahu macam mana hendak pergi ke Internet jadi saya menolongnya untuk pergi ke Internet..Saya pun mengajar kawan saya macam mana hendak membuat Friendster dan MSN..Dan bila itu kawan saya sudah tahu bermain komputer so sekarang saya fikir kawan-kawan harus belajar bermain komputer kalau tak belajar rugi tau..INGAT!!!!



YYY
3 words 1 meanin 8 letters ; iloveyou
12:30 PM





hello nama saya nuraiyin binte senin..umur saya sekarang 12 tahun dan tahun ini juga saya menduduki PSLE..Tentu susah ia kawan-kawan jadi untuk semua budak-budak Darjah 6 harus belajar dengan bersungguh-sungguh..Kalau kamu semua tidak belajar bersungguh-sungguh kamu tidak akan masuk sekolah menegah..Ok saya sekarang akan memberitahu kamu semua tentang kegemaran saya..Kegemaran saya ialah menyanyi saya mula menyanyi bila umur 8 tahun ayah saya membayar seorang pakar menyanyi untuk mengajar saya menyanyi..Dan pada bulan Feb saya memasuki satu peraduan menyanyi saya memenangi tempat pertama ibu bapa saya bangga dengan kebolehan saya..Dan tiba-tiba pada hari peraduan itu saya ternampak kawan baik saya namanya Shafiq Medrie dia pun memasuki peraduan itu walaupun dia tidak menang saya bangga dengan kebolehna dia..Saya tahu kawan-kawan mesti ada kegemaran sendiri...Itu sahaja yang saya boleh memberitahu kawan-kawan semu..So Selamat Untuk Kamu Senyum...



YYY
3 words 1 meanin 8 letters ; iloveyou
12:30 PM